Wednesday, February 20, 2013

Bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh lagi!!.. Gambar sebagai bukti..


Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini.

Laporan The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan itu juga menyebut, pihak bomba dan pois sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.






Guane Ganu kite nih??

Sumber gambar : Tranungkite

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails